Wednesday, July 17, 2013

STADIUM TAN SRI DATO HAJI HASSAN YUNOS,JOHOR BAHRU

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru lebih dikenali sebagai stadium larkin telah mula dibina pada tahun 1964 oleh Kerajaan Johor dan ditadbir olah Jabatan Kerja raya Johor. Jumlah kapasiti hanya 15,000 orang sahaja.

Pada tahun 1992 negeri johor telah di tawarkan menjadi tuan rumah temasya sukan malaysia kali ke IV dimana Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru telah menjadi gelanggang utama sukan olahraga dan padang pada temasya tersebut. Bagi memenuhi piawaian temasya tersebut ianya telah di naik taraf pada 1991 dimana melibatkan keseluruhan rekabentuk Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru termasuk track balapan, padang, lampu limpah, bilik-bilik media dan sebagainya, kos keseluruhan menaik taraf sebanyak RM 50 juta dan boleh memuatkan seramai 30,000 orang pada sesuatu kejohanan.

 Pada tahun 1997 sekali lagi Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru telah dipilih menjadi salah sebuah gelanggang bola sepak pada Kejohanan FIFA Piala Dunia Remaja 1997. Pada masa itu, tahap kualiti beberapa kemudahan yang ada di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru tidak menepati piawaian FIFA, ianya sekali lagi telah dinaik taraf terutama padang, bilik bersalinan, bilik media dan tempat duduk penonton.

Selepas itu Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru juga telah dipilih menjadi gelanggang keramat pasukan negara Jepun dimana perlawanan kelayakan piala dunia 1998 telah berlangsung di Stadium Larkin di antara negara Jepun dan Iran dan keputusan menyebelahi Jepun seterusnya Jepun layak buat kali pertama menyertai Piala Dunia pada masa itu.

Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru juga telah menjadi gelanggang utama majlis perasmian sukan sea ke 21, kejohanan balapan dan padang kali ke 52, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dan sebagainya. Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru juga menjadi gelanggang utama pasukan bola sepak Negeri Johor Darul Ta`Zim sehingga sekarang.Kini Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Johor Bahru telah diurus tadbir oleh Perbadanan Stadium Johor.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI,JOHOR

Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,Johor

      SENAI Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS), yang mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Johor daripada Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), pada penghujung tahun 2003, dalam urusniaga bernilai RM80 juta, komited untuk menjadikan lapangan terbang itu, sebagai Pusat Logistik Asia.

Pada hari ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih sudah menjadi status sebagai lapangan terbang antarabangsa. Dengan projek pembangunan Johor Selatan iaitu Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berpeluang untuk menjadi salah satu hab pengangkutan yang utama di Malaysia dan mampu untuk menaik taraf lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Terletak secara strategiknya di Iskandar Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan menjadi salah satu hab penerbangan utama di Malaysia pada masa akan datang. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bercadang untuk meningkatkan pelaburan sebanyak RM 1 billion selepas beberapa tahun lagi untuk menaik taraf pesawat di lapangan terbang dan kemudahan kargo seperti pusat kargo yang baru dan meningkatkan ruang bagi perniagaan runcit lapangan terbang.
Senai Airport City ataupun Bandar Logistik Lapangan Terbang Senai merupakan pembangunan yang dijalankan berdekatan dengan lapangan terbang ini. Senai Airport City ataupun dikenali sebagai Aeropolis yang memerlukan berbilion riggit akan ditapakkan bersebelahan dengan Bangunan Terminal Utama yang mempunyai keluasan sebanyak 1,133 hektar dan akan menyediakan tiga buah komponen iaitu pusat perdagangan lapangan terbang, pusat logistik penerbangan kargo dan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Senai ( Senai High Technology Industrial Park ). Komponen pertama akan merangkumi 323 hektar manakala kedua-dua komponen yang lain merangkumi luas sebanyak 405 hektar bagi setiap komponen.
Pada 26 Mei 2008, Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang atau Senai Airport Terminal Services akan membina satu pusat membeli-belah yang dikenali sebagai Aero Mall yang memerlukan sebanyak MYR 70 juta. Aero Mall ini dibuka secara rasmi pada Julai 2010. Aero Mall merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Malaysia yang terletak di dalam terminal lapangan terbang.

HOMESTAY

"-Satu-satunya Homestay di Nusajaya yang lengkap dengan prasarana, pusat bandar taman yang indah dan menawan dari Pemaju Berprestij  , SP Setia Berhad kediaman mewah ,Jusco,Tesco,Giant Restoran2 dan Kafe2 hanya di sebelah Dillenia Homestay-jarak 2.5km ke LEGOLAND-tiada kesesakan laluintas hanya 7 minit ke LEGOLAND melalui Coastal Highway-

Homestay Near Legoland and Bandaraya Johor Bahru: Dillenia Homestay @ Taman Bukit Indah, SP Setia Berhad is a 2 storey terace house (intermediate lot) with:

Homestay Bedrooms and Bathrooms

==================================== -1 spacious master bedroom with attached bathroom, air-conditioned and remote/c wall fan(upper floor), -2 normal bedroom(lower floor) with remote/c wall fans. =====================================
Available/Provided: -All bathroom equipped with shower-heater. -Supplied-bath soap-Iron and ironing board ===================================== *Not Available/Not Provided -Daily housekeeping   -Not available -washing machine,towels
===================================== Homestay Living Room -32" LED TV , Sofa, Dining Table for 6 persons, 'Lack' Coffee Table, Carpet/matt, Ceiling Fan.
======================================= =======================================

Homestay Porch


Able to accomodate 2 cars while 3rd car can be parked in front of the door gate.(Kindly please don't parked infront near the neighbours house )
======================================

Homestay Kitchen

====================================== Kitchen is equipped with remote/c wall fan, fridge, electric kettle, induction cooker(reheating food allow-with stainless steel pot provided), dining plate, drinking glass and mugs, tea jar, spoon/fork/steak knife Homestay
======================================= =======================================

Homestay Location Advantages Are:-

======================================
Homestay is located 200m to Exit of Second Link and Coastal Highway-5 minute walk to Jusco Bukit Indah Shopping Complex ( TGV Cinema)-10 minute to LegoLand (Via Coastal Highway)
-15 minute to HelloKitty Land(Via Coastal Highyway) -15 minute to Johor Premium Outlet (Via Coastal JB Parkway and Second Link)
-15 minute to JB town area(Via Coastal Highway)
-20 minute to JB Sentral & CIQ 20 minute to 2nd link-20 minute to Leisure Mall ( Golden Screen Cinema)
-30 minute to Singapore(via Second Link)**Notes: All the Highways are connected directly via Interchange in Taman Bukit Indah, Johor Bahru
5 minutes walk to Nearby Restaurants,Cafes and Food Outlets:- -Chatime, Marco Polo,McDonald, KFC, Old town, Starbucks coffee ,Jusco Bukit Indah Shopping Complex Arena Foodcourt, Tesco Food Court, Multi Culture Restaurant-Chinese,Western,Japanese,Malay Cuisine restaurants.
5 minutes walk to Nearby Banks(Full Banking and ATMs):-Public Bank, Cimb Bank, Bank Rakyat, Ambank, Maybank(Inside Jusco)- 5 minutes drive to Columbia Asia Private Hospital Surrounded by Shophouses :- Laundry Shop(Dobi), Cafes, Mamak's Restaurants,Clinics,Tyre shop,Car Service Outlet, Carwash, 24hour mini Marts(7Eleven like-shop), Pharmacy-D'apotic, AMPM, Chinese Medical Shop,Money-changer shop, Hardware shop,Tutti Fruiti etc
======================================

Homestay Booking

=====================================
Deposit & Security Security Deposit Minimum RM200 or 50% from the total stay fee. All Muslim are welcome wheter you're Chinese Muslim, Indian Muslim, Caucasian Muslim, Arab Muslim, Foreigners Muslim.
====================================== ======================================

Homestay Enquiries Please Contact: Mr Rahman Hashim +6 0197801160 , 0197944490

===================================== =====================================
Homestay Coordinate for Dillenia Homestay: Lat : 1.4780604312654269Long: 103.65134418010712
=====================================

DILLENIA HOMESTAY BAHASA MELAYU

=====================================

About “Dillenia Homestay”

=====================================
Kami menyediakan sebuah rumah persinggahan (homestay) teres 2 tingkat, lot tengah di Taman Bukit Indah,Johor Bahru.

Terletak di dalam persekitaran taman perumahan yang dimajukan oleh SP Setia Berhad yang dekat dengan pelbagai prasarana termasuklah taman rekreasi seluas 20ekar dan kompleks membeli-belah(10min 'walk') Homestay
=====================================
-Gambarfoto Sila klik sini utk foto Dillenia dan persekitaran atau taipkan (memerlukan sambungan internet) https://plus.google.com/photos/at/110473130113815407619?gl=my&hl=en
=====================================

Kondisi Homestay

=====================================
Rumah Berkeadaan baru dan untuk tujuan rumah persinggahan (vacation home) atau homestay /guesthouse sahaja (tidak disewakan utk jangkamasa panjang/tinggal kekal). Peralatan elektrikal, perabot dan perhiasan di dalam rumah juga berkeadaan baru dan sentiasa diselenggarakan. =====================================
Oleh itu kami meletakkan wang amanah atau deposit sekuriti bagi menjamin tetamu bertanggungjawab memastikan keadaan dan isi rumah dijaga dengan baik semasa berada di homestay.   Homestay dekat dengan hypermarket Jusco,Tesco dan Giant.(5min berjalan kaki ) =====================================
Persekitaran Homestay Dillenia homestay terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Tmn Bukit Indah dan hanya 5 minit berjalan kaki ke kompleks Jaya Jusco Aeon Bukit Indah yang juga mengandungi pawagam cineplex TGV. =====================================
Perletakannya yang strategik membolehkan anda dan tetamu kami lain mendapatkan keperluan harian dan keperluan percutian dengan mudah dan jarak yang dekat. =====================================
Di samping itu Dillenia Homestay juga terletak di dalam pembangunan Taman Bukit Indah yang dimajukan oleh pemaju yang berprestij iaitu SP Setia Berhad yang sinonim dengan rekabentuk senibina rumah yang menarik, landskap dan persekitaran perumahan yang dihiasai dengan landskap yang menghijau dan indah. =====================================

Homestay 2.5km(7min) ke Legoland : Homestay terletak 200m dari exit SecondLink dan Exit Lebuhraya Pesisir Pantai-Nusajaya(Legoland) 7 min ke Legoland (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 'lane' hingga ke Nusajaya). =====================================

Tiada trafic-jam, senang, cepat sampai , nak cari makan, nak shopping pun senang! =====================================

Homestay dan Bilik-bilik

===================================== -----------------------------------------------------------

Bilik Tidur Mempunyai :

3 bilik tidur dengan 3 katil bersaiz Queen. Bilik tidur utama (Master bed-room, aras atas -Attached bathroom) dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga kipas siling. 2 bilik tidur biasa(aras bawah) dilengkapi kipas dinding dengan r/control .   ======================================
Semua bilik tidur dilengkapi almari baju dan almari cermin/solek 2 buah bilik air dilengkapi “hot shower+booster pump”. Homestay dan RuangDapur dan Ruang Tamu Ruang tamu beserta TV LED 32", kipas siling, sofa, permaidani dan meja makan.

Ruang dapur-Peti ais, cerek elektrik, dapur elektronik-“induction cooker”, “cooking pot stainless steel” (memanaskan makanan dengan “induction cooker”), 6 biji pinggan makan, 2 jag air, 6 gelas, 2 “mug” kecil, sudu, garfu dan “steak knife ''

Tempat letak kereta dalam pagar yg boleh muat 2 buah kereta. Sebuah lagi kereta boleh diletakkan di luar rumah berhadapan pagar. Homestay dan Kapasiti Tetamu/Had Bilangan: 15 orang termasuk anak-anak/kanak-kanak, kereta 3 buah.

============================================ Homestay dan Kemudahan Disediakan: ============================================

Sabun Mandi,Sterika dan papan penggosok(ironing board) Homestay dan Kemudahan   ===========================================
Tidak Disediakan: Mesin BasuhTuala mandi Pembersihan harian (Daily house-keeping) ===========================================

Homestay dan Kemudahan akses : ===========================================

Homestay terletak 200m dari exit SecondLink dan Exit Lebuhraya Pesisir Pantai-Nusajaya(Legoland) ===========================================
10 min ke Legoland (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 'lane' hingga ke Nusajaya)   10 min ke Danga Bay (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya JB ) ==========================================
15 min ke Hello Kitty Land, Puteri Harbour (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 'lane' hingga ke Nusajaya)   15 min ke JPO(Johor Premium Outlet) di Kulai Jaya (via Lebuhraya Secondlink (PLUS) 6 'lane' hingga ke exit Senai Utara(PLUS)) ==========================================
15 min ke Pusat Bandar JB(via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya JB ) 20 min ke JB Sentral & CIQ Johor Bahru(via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya JB ) ==========================================
35 Min ke Singapura [melalui CIQ Tanjung Pelepas-Tuas via Lebuhraya Second Link (PLUS)] Kemudahan asas dalam jarak 200 meter (ATM/Bank-Maybank,Public Bank,Bank Rakyat, Hong Leong, klinik, restoran, dobi, farmasi, kedai runcit, Kompleks membeli belah Jusco(5min walk), Hypermarket Tesco dan Giant) ==========================================
Nota:   Homestay Yg Juga Sesuai Utk Mereka Yg Berkursus, Majlis-majlis Perkahwinan dan Lain-lain Bagi mereka yang mempunyai kursus di bandaraya Johor Bahru homestay ini juga sesuai kerana exit Coastal Highway direct masuk terus ke bandar Taman Bukit Indah di mana homestay kami terletak di sebelah exit Coastal Highway iaitu di tengah pusat bandar Taman Bukit Indah.
Bagi anda yang mempunyai kursus di sekitar Johor Bahru dan Nusajaya DIllenia homestay memang sesuai untuk anda . Kami sedia memberikan arah tunjuk dan penerangan bagaimana untuk ke lokasi tempat kursus anda

ZoO JohoRRrrr

      



      Destinasi menarik di Johor Bahru yang hendak saya ceritakan kali ini ialah tentang  Zoo Johor.  Mungkin ramai pembaca telah pun datang ke sini, tetapi mungkin juga ada yang belum kesempatan lagi.. Sebelum saya memulakan cerita saya,  ingin saya memaklumkan serba sedikit sejarah Zoo Johor ni terlebih dahulu..Zoo ini adalah Zoo Tertua di Malaysia dan dipercayai adalah Zoo pertama di Asia. Ia dibina oleh Sultan Johor terdahulu; Sultan Sir Ibrahim pada 1928 sebelum berpindah tangan kepada Kerajaan negeri untuk menguruskannya pada 1960-an.. Sebelum di ambilalih oleh pentadbiran kerajaan negeri, zoo ini dipanggil  sebagai "Taman Haiwan" , Bagaimanapun sejak diambilalih barulah zoo ini di sebut sebagai "zoo Johor"..

      Itulah serba sedikit sejarah zoo ni yang aku tahu..
Terdapat lebih 100 spesis haiwan di Zoo Johor ini. Walaupun ianya tidaklah sebesar Zoo Negara, Zoo Melaka atau pun Zoo Taiping, namun ianya tetap boleh dijadikan antaradestinasi percutian yang menarik di Johor Bahru terutamanya ketika Cuti Umum dan Cuti Sekolah.Bagus kita bawa anak-anak kemari,sekurang-kurangnya kenal la juga anak-anak kita dengan nama-nama haiwan nih. Bagus juga untuk pembelajaran anak-anak zaman sekarang nih sebelum tak dapat tengok lagi haiwan-haiwan tuh akibat beberapa spesis yang akan diancam kepupusan nanti. Tak der la sampai rusa jadi kuda, lembu pula jadi gajah pulak nanti.

KSL Hotel & Resort

        Set in the heart of Johor Bahru city is the newly opened KSL Hotel & Resort. 5 minutes from Singapore and 20 minutes to Legoland, it is connected to KSL city mall. The conveniently located KSL Hotel & Resort is surrounded by hypermart, telco massage, Cineplex, and many food and beverages establishments. Tours can be arranged for the guests wishing to see many attractions of the city. Or simply take advantage of the luxurious facilities provided by the hotel. There is a huge rooftop water park for guests with kids and 3 specially designed golf stimulators for the whole family or enjoy barbeque at the rooftop mission Golf Bar & Grill with life band creating an unforgettable environment. Hotel amenities include car park, cafeteria, safety deposit boxes, bar/lounge WI-FI in all the room and public area. And the room facilities extend to complimentary bottled water, shower, hair dryer in each room and daily newspaper. There is a fitness, sauna and games room to ensure all the guests satisfaction and utmost comfort and convenience.
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.
Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
  • Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
  • Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
  • Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
  • Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.
  • Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
  • Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
  • Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.
Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor